dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Felcra Sungai Ara, Johor
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas Multimedia – Movie Maker

16 Julai 2017 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Julai 2017, telah di adakan satu Kelas Multimedia: Moviemaker. Kelas ini telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia Felcra Sungai Ara. Kelas ini telah bermula pada jam 2.00 petang dan berakhir pada jam 4.00 petang. Tujuan kelas ini diadakan ialah bagi memberikan penerangan yang terperinci berkaitan fungsi dan penggunan Windows Movie Maker. Selain itu, mereka juga diterangkan cara untuk memasukan gambar yang dipilih ke dalam Windows Movie Maker. Selepas memasukan beberapa gambar, mereka juga boleh memasukan lagu atau muzik yang sesuai berdasarkan tema yang dihasilkan sepanjang Movie Maker ini ditayangkan. Di samping itu, mereka juga boleh memasukan teks dan maklumat yang penting berkaitan video yang dihasilkan.

Hasil video yang dibuat dapat dilihat berdasarkan pada kreativiti pada diri individu masing-masing. Di akhir kelas ini, kita dapat melihat kreativiti setiap individu itu berlainan berdasarkan video yang dihasilkan. Dengan adanya Kelas Multimedia: Movie Maker ini, kita dapat melihat kreativiti yang ada pada diri setiap ahli PI dan dapat membantu mereka meningkatkan lagi kreativiti di dalam bidang multimedia.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.