dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Felcra Sungai Ara, Johor
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas Khas Bersama OKU

14 Ogos 2017 | Aktiviti Terkini

Pada 6 dan 13 Ogos 2017, telah diadakan satu Kelas Khas Bersama OKU yang telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia Felcra Sungai Ara. Kelas Khas Bersama OKU ini telah di hadiri oleh seorang OKU sahaja. Tujuan Kelas Khas Bersama OKU ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan dan kefahaman kepada golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) berkaitan dengan ICT dan juga Internet di dalam komuniti Perkampungan Felcra Sungai Ara. Manfaat yang diperolehi daripada Kelas Khas Bersama OKU ini antaranya golongan OKU akan sentiasa mendapat maklumat terkini berkaitan ICT dan internet sama seperti orang lain supaya mereka dapat mengetahui perkembangan terkini.

Di dalam Kelas Khas Bersama OKU pada kali ini, ianya menerangkan tentang cara penggunaan dan fungsi aplikasi Paint yang terdapat didalam komputer. Beliau telah di berikan penerangan dan panduan berkaitan dengan warna dan bentuk. Beliau juga turut di berikan penerangan secara terperinci berkaitan dengan jenis-jenis warna yang ada di dalam aplikasi Paint tersebut. Beberapa latihan pengguna aplikasi Paint dengan cara yang betul telah diberikan untuk meningkatkan kemahiran dan ingatan berkaitan dengan warna dan juga bentuk. Kelas Khas Bersama OKU ini akan berterusan dalam membantu golongan OKU untuk lebih mahir dan memahami berkaitan dengan bidang ICT dan juga internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.