dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Felcra Sungai Ara, Johor
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas Kreativiti

13 Mei 2017 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Mei 2017, telah diadakan satu kelas kreativiti yang telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia Felcra Sungai Ara. Kelas kreativiti ini telah bermula pada jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 4.30 petang. Tujuan kelas kreativiti ini diadakan adalah untuk memupuk nilai kreativiti dalam diri setiap ahli PI dengan menghasilkan sesuatu dengan menggunakan bahan-bahan terpakai. Pada kelas kreativiti kali ini, mereka telah diajar cara menghasilkan sekuntum bunga ros dengan menggunakan kertas A4.

Bagi memudahakan mereka menghasilkan bunga ros kertas dengan mudah, mereka boleh membuka video di youtube sebagai sumber rujukan mereka. Mereka mengambil masa hampir 2 jam bagi menghasilkan 6 kuntum bunga ros kertas. Bunga ros kertas ini sangat sesuai dihasilkan sebagai hadiah dan juga hiasan dalaman. Dengan adanya kelas kreativiti seperti ini, akan ada lebih banyak lagi hasil daripada bahan-bahan terpakai dan kita dapat juga dapat mengajar mereka untuk kitar semula kertas yang terpakai menjadi sesuatu yang unik.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.