dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Felcra Sungai Ara, Johor
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas Multimedia - Powtoon

7 April 2018 | Aktiviti Terkini

Pada Jumaat, 06 April 2018, telah diadakan satu Kelas Multimedia - Powtoon yang telah dijalankan di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia (PI) Felcra Sungai Ara. Kelas multimedia ini melibatkan pelajar Sekolah Menengah sahaja dan juga merupakan ahli PI Felcra Sungai Ara. Tujuan kelas multimedia - Powtoon ini dijalankan adalah untuk memberikan pendedahan dan penerangan berkaitan dengan cara penggunaan serta fungsi Powtoon ini dalam menghasilkan video animasi yang menarik dengan cara yang lebih mudah.

Manfaat yang di perolehi di dalam kelas multimedia - Powtoon ini antaranya ialah dapat menghasilkan video animasi yang menarik dan dapat menarik penonton apabila melihat video tersebut. Sebelum menggunakan aplikasi Powtoon ini, mereka perlu mendaftar masuk dengan menggunakan akaun Google ataupun menggunakan akaun Facebook. Selain itu, untuk lebih mudah menghasilkan video di aplikasi Powtoon ini, mereka boleh merujuk di Youtube cara-cara penggunaan aplikasi Powtoon dengan cara yang mudah.

Terdapat pelbagai fungsi Powtoon ini termasuklah dalam penghasilan video animasi dan juga video untuk pembentangan pelajaran. Di akhir kelas multimedia - Powtoon ini, mereka telah berjaya menghasilkan sendiri video dengan menggunakan aplikasi Powtoon ini.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.