Webinar Cybersecurity- Risiko Kamera Tersembunyi
5 Disember 2025 | Aktiviti TerkiniPada 4 Disember 2025, satu Webinar Cybersecurity bertajuk Risiko Kamera Tersembunyi telah berlangsung secara dalam talian di NADI Felcra Sungai Ara. Webinar ini bertujuan memberi pendedahan dan kesedaran kepada para peserta mengenai ancaman keselamatan siber yang melibatkan penggunaan kamera tersembunyi, khususnya risiko pencerobohan privasi dan penyalahgunaan teknologi.
Sepanjang sesi ini, peserta didedahkan kepada jenis-jenis kamera tersembunyi yang wujud, tanda-tanda kewujudan peranti mencurigakan, serta langkah-langkah pencegahan dan tindakan yang perlu diambil sekiranya berhadapan dengan situasi tersebut. Program ini diharapkan dapat meningkatkan tahap kesedaran keselamatan digital dalam kalangan masyarakat, seterusnya membolehkan peserta lebih berwaspada dan bertanggungjawab dalam melindungi keselamatan serta privasi diri.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: