Kempen Internet Selamat – Malware: Bahaya Tersembunyi
20 Julai 2025 | Aktiviti TerkiniPada 19 Julai 2025, satu webinar bertajuk Kempen Internet Selamat – Malware: Bahaya Tersembunyi telah diadakan secara dalam talian di NADI Felcra Sungai Ara. Webinar ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai ancaman malware, iaitu perisian hasad yang boleh merosakkan sistem, mencuri data, dan mengancam keselamatan pengguna.
Peserta diperkenalkan kepada jenis-jenis malware seperti virus, trojan, dan ransomware, serta kaedah pencegahan asas termasuk penggunaan perisian antivirus, amalan klik selamat dan kemas kini sistem. Program ini berjaya meningkatkan kesedaran peserta tentang pentingnya perlindungan digital dan penggunaan internet secara selamat serta bertanggungjawab.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: