MAHIR Gajet
7 Oktober 2025 | Aktiviti TerkiniPada Isnin, 6 Oktober 2025, telah diadakan satu kelas MAHIR Gajet secara dalam talian yang berlangsung di NADI Felcra Sungai Ara. Kelas ini memberi fokus kepada tajuk Membuka dan Memasang Laptop, yang bertujuan memberikan pendedahan asas kepada peserta mengenai komponen dalaman komputer riba serta cara mengendalikannya dengan betul dan selamat.
Sepanjang sesi ini, peserta diajar langkah demi langkah cara membuka bahagian luar laptop, mengenal pasti komponen utama seperti papan induk, RAM, cakera keras, kipas penyejuk dan bateri, serta cara memasang semula dengan kemas dan teratur. Penceramah turut menekankan aspek keselamatan penggunaan alatan, penjagaan peranti, dan langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan kerosakan pada komponen sensitif.
Kelas ini dijalankan secara interaktif, di mana peserta diberi peluang bertanya soalan. Melalui program ini, peserta bukan sahaja memperoleh pengetahuan asas berkaitan perkakasan komputer, malah dapat meningkatkan kemahiran teknikal yang boleh dimanfaatkan dalam kehidupan seharian.
Secara keseluruhannya, kelas MAHIR Gajet ini telah berjaya mencapai objektifnya, iaitu membantu peserta menjadi lebih celik teknologi dan berkeyakinan dalam mengendalikan peranti elektronik.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: