Program Jiwa Komuniti Madani Bersama Komuniti Felcra Sungai Ara

27 Mei 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 26 Mei 2025, Program Jiwa Komuniti Madani Bersama Komuniti Felcra Sungai Ara telah dianjurkan oleh NADI Felcra Sungai Ara dengan kerjasama Jabatan Penerangan Kota Tinggi. Program ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai penggunaan teknologi dalam perniagaan, khususnya melalui pengenalan kepada Chatgpt dan aplikasi Canva.

Peserta diperkenalkan dengan ChatGPT sebagai alat bantu perniagaan dalam menjana idea pemasaran, penulisan iklan, menjawab pertanyaan pelanggan serta menyediakan kandungan media sosial dengan lebih efisien. Manakala, aplikasi Canva diperkenalkan sebagai platform reka bentuk grafik yang memudahkan usahawan menghasilkan poster, risalah promosi, dan bahan visual lain secara profesional dan menarik. Program ini bertujuan meningkatkan celik digital komuniti serta menggalakkan penggunaan teknologi untuk memperkasa produk keluaran Sejati Madani.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali