Mahir Baiki Gajet Short Learning Series
28 Mei 2025 | Aktiviti TerkiniPada 27 Mei 2025, satu kelas Mahir Baiki Gajet Short Learning Series (SLS) bertajuk Cara Menukar LCD Telefon Pintar (Curve Edition) telah diadakan secara dalam talian di NADI Felcra Sungai Ara.
Kelas ini bertujuan memberi pendedahan asas kepada peserta mengenai teknik dan langkah keselamatan dalam menukar skrin LCD telefon pintar jenis lengkung. Peserta diperkenalkan kepada peralatan yang diperlukan serta ditunjukkan proses penggantian secara terperinci melalui demonstrasi video. Program ini membantu meningkatkan kemahiran teknikal peserta dan memberi peluang untuk menjana pendapatan melalui pembaikan gajet secara asas.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: