eKelas Usahawan – AI untuk Mencipta Kandungan

3 Februari 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 3 Februari 2026, telah diadakan Program eKelas Usahawan bertajuk AI untuk Mencipta Kandungan yang dilaksanakan secara dalam talian di NADI Felcra Sungai Ara. Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam menghasilkan kandungan digital bagi tujuan pemasaran dan pengembangan perniagaan.

Sepanjang program, peserta telah mempelajari teknik asas menjana idea kandungan, menghasilkan bahan promosi serta meningkatkan kualiti penyampaian di media sosial dengan lebih kreatif dan berkesan. Program ini berjaya meningkatkan pengetahuan dan kemahiran digital peserta, selaras dengan usaha memperkasa usahawan komuniti melalui penggunaan teknologi semasa.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali